THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Linda HASHim

Linda HASHim

Wednesday, December 2, 2009

sabtu nih...

SABTU NIH JGN LPE CHAT NGAN lINDA hasHIM....DAN TEMUI linda KAT anugerah SKrin jumaat nih,,,sabtu nih LINDA AKN update BLOG DIE...SO TUNGGU JE LAH...

update...

sorry lambat update.....sibuk giler la...laptp rosak so kalo nak online kne p CC...Cerita terbaru untk fans Linda...JGN LUPA TENGOK TV1 SETIAP PAGI JAM 11.30 TAJUK DIE SEBENING KASIH ZULAIKA.....SORRYU TO ALL.BSY LA NAK KNA UPDATE BLOS ADcy lagi......so jgn lpe lauan cte tu...(SUSAH BTOI BLE DILANTIK GRAFIK DESIGNER NIH)banyak kne nak kne buat.....

Friday, November 27, 2009

WARIS@TV2




jangan lupa saksikan WARIS DI TV2.......SETIAP SELASA PADA PUKUL 10.00 MALAM!!!

Saturday, November 7, 2009

LINDA HASHIM

Linda Hashim


NAMA SEBENAR: Norhazlinda Hashim

TARIKH LAHIR: 8 September 1984

TEMPAT LAHIR: Ipoh, Perak

PENDIDIKAN: SPM

PROFESION: Model, pelakon

STATUS: Bujang

PENDIDIKAN: SPM

DRAMA TV: Antaranya Semarak Naga, Vila Cinta Daddy, Bila Tsunami Melanda, Mengapa Harus Ada Cinta, Misi XX Ray, Tak Tercapai Akalmu, Janji Kekasih, Ayahku Kahwin Lagi, Adam dan Dewi Cinta.

IKLAN: Minyak masak Buruh, Kentucky Fried Chicken (KFC), Clean & Clear, Sunsilk , DiGi

Linda Akui KELEMAHAN Diri!!!!

SEBAGAI pelakon yang boleh dikategorikan masih baru dalam dunia seni tanah air, Norhazlinda Hashim, 25, atau Linda Hashim mengakui kelemahan diri. Bagaimanapun, dia sentiasa ingin belajar dan menanti peluang menjayakan watak yang diberikan dengan usaha yang maksimum.

Pelakon yang popular menerusi drama televisyen seperti Duranni, Dua Hati, Ayahku Kahwin Lagi dan Cinta Batu Belah tetap berhati-hati menyusun langkah. Malah berkali-kali tawaran dihulurkan kepadanya ditapis sehingga difikirkan sesuai dan terdaya untuk menerima watak berkenaan.

Tambah merisaukan gadis genit ini apabila terpaksa bersaing dengan bakat baru dan barisan pelakon terkenal tanah air. Begitupun, Linda tetap menganggap ia sebagai rezeki setiap individu.

“Saya tidak kisah walaupun ditawarkan watak kecil. Saya tetap menganggap ia sebagai cabaran yang cukup besar. Malah tanggungjawab itu saya laksanakan dengan bersungguh-sungguh.

“Tidak timbul langsung soal memilih watak atau demand soal bayaran. Saya sedar masih baru dalam bidang ini dan banyak perkara yang masih perlu saya pelajar.

“Saya sentiasa mahu menjayakan watak yang diberikan dengan berkesan. Malah dengan perkembangan karakter yang pelbagai, saya harap dapat melaksanakan setiap karakter yang diberikan sehingga meninggalkan impak tersendiri kepada penonton.

“Setakat ini, saya mengakui belum mencuba watak membabitkan aksi sebaliknya lebih banyak menjayakan watak bermain emosi. Apapun, ia ternyata memberikan cabaran tersendiri,” katanya.

Tuah untuk menimba pengalaman datang bergolek apabila Linda berpeluang mengembangkan bakatnya di luar negara menerusi drama terbitan Double Vision Sdn Bhd dengan kerjasama produksi Indonesia. Sepanjang sebulan mengikuti penggambaran di Indonesia, pelbagai pengalaman suka dan duka dilaluinya.

Linda yang membawakan watak Lyana dalam drama 20 episod menyaksikan kerjasama dua negara menerusi Melody Terindah (Senandung Lyana) sememangnya satu pengalaman baru dalam karier lakonannya.

“Penggambaran di sana tiada banyak bezanya. Dalam aspek teknikal hampir sama. Cuma setiap kali penggambaran membabitkan tenaga kerja yang ramai. Walaupun tempoh penggambaran panjang, ia dapat diselesaikan dengan cepat. Cuma kadangkala saya terpaksa mengambil masa untuk memahami bahasa Indonesia.

“Hampir setiap hari saya terbabit dalam penggambaran kerana memegang watak utama dalam drama ini. Walaupun membabitkan banyak babak, saya seronok dan gembira sepanjang tempoh penggambaran itu,” katanya.

Dia menyifatkan watak dalam drama berkenaan mempunyai kelainan dan tarikan tersendiri. Di samping berlakon Linda turut menyanyi dalam drama arahan MP Roslin (Malaysia) dan Tono (Indonesia) itu.

“Watak dalam drama ini seorang wanita lembut, tetapi tegas. Berbeza dengan watak sebelum ini, dalam drama ini saya perlu menyanyi. Saya turut menyanyi untuk sound track drama ini berjudul Melodi Terindah dan Cintailah Diriku.

“Walaupun terpaksa menghafal skrip dalam bahasa Indonesia, saya puas. Saya seronok kerana mendapat gandingan lakonan yang baik seperti pelakon dari negara berkenaan iaitu Praha, peserta Akademi Fantasia Indonesia (AFI) musim kedua, Adi dan Cindy serta pembaca berita, Vera.

“Kebanyakan babak lakonan saya bersama Praha yang bertindak sebagai teman lelaki dalam drama itu. Selain saya, pelakon Malaysia yang turut menjayakan drama ini ialah Esme Daniel (Budi) dan Haeriyanto Hassan (Amy Ibrahim).

“Barisan pelakon yang terbabit cukup profesional dan komited dengan tugas mereka. Masing-masing sentiasa membantu dan cukup mesra antara satu sama lain. Kadangkala seperti sudah lama berkenalan,” katanya.

Drama berkenaan mengisahkan Lyana yang tinggal bersama bapa angkatnya. Dia sebenarnya berasal dari Indonesia namun dibesarkan di Malaysia.

Selepas dewasa, dia kembali ke Indonesia untuk mencari ibu bapa sebenarnya. Dalam proses mencari itu, dia bertemu dengan kumpulan muzik yang mempelawa Lyana menyertai kumpulan itu. Jika tiada aral, drama ini bakal disiarkan menerusi RTM dan stesen televisyen di Indonesia penghujung tahun ini.

Di samping menjayakan penggambaran di sana, Linda turut menyertai uji bakat bersama produksi di negara itu, MD Entertainment.

Bakat lakonan turut mendapat perhatian produksi di sana sehingga dilamar menjadi duta untuk produk kecantikan, Citra Ayu. Bagaimanapun, disebabkan terlalu sibuk dengan penggambaran dia tidak dapat mengikut penggambaran itu.

Linda kini menumpukan perhatian kepada penggambaran untuk slot Persona TV3, Ladolce Amira sebanyak 13 episod. Selepas sibuk di lokasi sejak Disember lalu, membuatkan Linda mengurangkan aktiviti lakonan dan meluangkan masa untuk berehat sementara.

Come join me!!!!!!

LINDA HASHIM FANS BLOG!!!!!ALL ABOUT LINDA HASHIM!!!!!!!!